Dalam mana-mana pertandingan yang disertai, tentunya kita ingin melakukan yang terbaik dari segala aspek.
Terutamanya apabila kita membawa nama negara ke pentas antarabangsa. Bukan hanya kita berjuang untuk diri sendiri tetapi juga untuk berjuta rakyat Malaysia yang menyokong dari belakang.
Namun ada ketika, tak semua perkara berlaku mengikut perancangan sewaktu bertanding.
Itulah insiden yang terjadi semasa berlangsungnya pusingan preliminery Miss Universe 2019. Bukan satu, bukan dua tetapi empat orang peserta berdepan detik tergelincir di atas pentas, di hadapan penonton dan para juri.
Ini termasuklah peserta dari Perancis, Indonesia, Malta dan malangnya, dari Malaysia.
Wakil negara, Shweta Sekhon mengalami insiden tergelincir di bahagian pentas yang sama seperti 3 lagi peserta lain sewaktu sesi penilaian pakaian mandi.
Namun kerana semangat yang sering dititik beratkan oleh persatuan ratu cantik setiap negara ke atas peserta mereka, kesemua 4 wakil tersebut bingkas bangun semula dan meneruskan catwalk masing-masing dengan sorakan positif dari penonton.
*
Di ruangan komen media sosial, netizen nyata bersimpati dengan wakil Malaysia dan tidak menyalahkannya.
Ini kerana insiden juga berlaku ke atas beberapa peserta lain di spot tengah pentas sehingga petugas Miss Universe 2019 perlu mengelap bahagian tersebut beberapa kali agar ia tidak lagi licin.
Bukan insiden tergelincir dan terjatuh yang harus dibesar-besarkan, tetapi semangat 4 wakil ini yang meneruskan catwalk mereka di atas pentas yang harus dipuji.
“It’s not how you fall, it’s how you get up”#MissUniversePreliminaries #MissUniverse pic.twitter.com/GdHvcFzJAN
— Victorious_0410 (@Victorious_0410) December 7, 2019
Malah dalam pusingan gaun malam dan kostum nasional, Shweta Sekhon tampil yakin dan menarik perhatian netizen yang memuji persembahannya.
Mind you, kostum nasional seberat itu bukan mudah untuk diperagakan!
REMAJA berharap agar Shweta mengekalkan prestasi positifnya sepanjang pertandingan ini. Jangan lupa untuk menonton Shweta secara live pada acara finale Miss Universe 2019, pagi Isnin kelak.
Komentar
Posting Komentar