Niat baik seorang pesakit yang menghadapi masalah paru-paru sebelum mati otak untuk mendermakan paru-parunya kepada penerima organ ditolak mentah-mentah oleh doktor yang merawatnya.
Ini kerana selepas dikesan menghidap sedikit masalah paru-paru dan selepas dia menandatangan ikrar sebagai penderma organ ditolak selepas ujian xray mendapati paru-parunya sudah berwarna hitam akibat 30 tahun menghisap rokok tanpa henti.
Viral di media sosial bagaimana warna paru-parunya kehitaman dan video ini telah ditonton seramai 25 juta orang. Rakaman video ini telah dirakam oleh pakar bedah dari Wuxi People’s Hospital di Jiangsu China yang ingin berkongsi bagaimana rupa paru-paru individu yang menghisap rokok bertahun-tahun.
Dipetik dari dailymail.co.uk, seorang pakar bedah, Dr Chen telah memuat naik video berkenaan dan meletakkan tanda pagar #jieyan. Dalam bahasa Mandarin, Jieyan bermaksud BERHENTI MEROKOK.
Dr Chen menjelaskan dia sudah menemui terlalu banyak perokok yang paru-paru mereka kehitamanan, sama seperti rakaman video dimuat turunnya itu. Pasukan kami menolak pendermaan organ paru-paru ini.
“Jika ada seorang kaki perokok, paru-paru anda tidak akan diterima, sekali pun anda sudah tiada di dunia ini,”tulis Dr Chen.
Dalam pada itu, Dr Chen turut bertanya mengapa masih ramai orang berani menghisap rokok biar tahu kesan dan akibat menanti.
“Lihat paru-paru ini! Adakah kamu tetap berani menghisap rokok,” tulisnya lagi.
**media[77108]**
Merokok 30 tahun
Ternyata paru-paru hitam itu adalah milik seorang lelaki berusia 52 tahun dan sudah 30 tahun menghisap rokok tanpa henti.
Bagi kaki perokok tegar tu, harap korang boleh kira sudah berapa tahun korang merokok dan melihat gambar sebegini adakah tidak mendatangkan kegerunan langsung.
Selepas membuat perisytiharan menderma organ itu, lelaki ini dikhabarkan mati otak disebabkan beberapa penyakit di paru-parunya.
Sebelum meninggal dia ada meninggalkan wasiat untuk mendermakan paru-parunnya malah sudah pun menandatangani borang tersebut.
Namun semasa pembedahan selepas kematiannya, barisan doktor mendapati paru-parunya tidak sesuai. Sebelum ini dirinya tidak pernah menjalani CT Scan sebelum meninggal. Malah ujian oksigen dilakukan menunjukkan paru-parunya amat baik dan mampu berfungsi.
Namun apabila pembedahan dilakukan, sekumpulan pakar terkejut melihat WARNA paru-parunya yang sudah kehitaman.
Dalam pada itu, pakar bedah berkenaan berkata, masyarakat China memang suka merokok dan tabiat ini jelas membahayakan.
Malah kata Dr Chen, dia ada menerima organ paru-paru lelaki berusia 60 tahun yang masih sihat dan baik kerana tidak merokok.
Dalam pada itu, seorang Profesor dari National Heart And Lung Institute, Peter Openshaw berkata, pesakit mengidap radang paru-paru.
Biasanya apabila terkena radang atau jangkitan kuman ini, paru-paru akan membengkak dan pesakit akan sesak nafas.
Penyakit ini lebih banyak menyerang lelaki dan wanita yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti menghisap rokok.
Komentar
Posting Komentar