Menjadi antara filem paling berjaya dalam sejarah perfileman Korea Selatan, Train To Busan bakal keluar dengan filem sekuel yang berjudul Peninsula.
Peninsula ditetapkan 4 tahun selepas peristiwa Train To Busan yang mana keseluruhan kawasan semenanjung Korea telah menjadi tanah terbiar dan dikuasai oleh zombi. Walau bagaimanapun, ada juga segelintir manusia yang masih hidup dan menunggu untuk diselamatkan.

Filem ini telah disahkan tarikh tayangannya pada 12 Ogos 2020. Pastinya ramai yang dah tak sabar menantikan kemunculan filem sekuel ini. Mana tidaknya, di Malaysia saja Train To Busan berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM21 juta sepanjang ditayangkan di pawagam.
Jadi kami yakin filem yang akan dibintangi oleh Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Lee Re, Kwon Hae Hyo, Kim Min Jae, dan Goo Kyo Hwan ini juga mampu mendapat sambutan luar biasa daripada penonton.

Sama-sama kita nantikan filem Peninsula yang khabarnya akan ditayangkan di pertengahan tahun hadapan.
Sumber: Kakimuvee
Komentar
Posting Komentar