Taman tema air antara yang menjadi tempat favorite pengunjung tatkala tiba waktu liburan. Waktu inilah digunakan sebaik mungkin untuk enjoy dan ‘recharge’ kembali energi yang telah digunakan setelah penat belajar, mahu pun bekerja.
Tak perlu pergi sampai ke luar negara untuk mendapat kepuasan bercuti, negara kita sendiri sebenarnya mempunyai banyak taman tema menarik untuk korang kunjungi.
Berita baik untuk orang yang tinggal berdekatan dengan Dengkil, menjelang bulan Disember 2021, Selangor bakal memiliki sebuah lagi taman tema air yang terletak di Gamuda Cove, Dengkil.
Bertemakan hutan hujan, 70 peratus daripada kawasan taman tema berkenaan dilitupi pelbagai tanaman tropika.
18 Permainan Termasuk Gelongsor
Taman tema air itu akan menawarkan 18 permainan termasuk gelongsor dilengkapi kamera realiti maya (VR) bagi memberi impak lebih menarik kepada pengunjung, selain turut diselitkan ciri-ciri permainan bagi menambahkan rasa keseronokan yang maksimum. Wah, bestnya!
Bukan itu je, taman tema berkenaan bakal dilengkapi sungai sepanjang 300 meter sesuai untuk kanak-kanak, pantai buatan dengan dilengkapi kabana dan permainan air interaktif.
Sebahagian besar tarikan di taman tema tersebut juga adalah yang pertama di dunia, Asia atau Malaysia dan ianya memenuhi standard keselamatan yang ditetapkan The Global Association for the Attractions (IAAPA).
Kos pembinaan taman tema air itu dilaporkan mencecah RM350 juta dengan peruntukan bagi gelongsor dan permainan saja mencecah RM90 juta.
Harga Tiket Lebih Murah
Paling menarik, bagi tidak mahu terlalu membebankan pihak ibu bapa yang ingin membawa anak-anak beriadah di taman tema air itu, pihak pengurusan Gamuda menjangkakan tiket kemasukan adalah lebih rendah berbanding taman tema sedia ada di pasaran ketika ini.
Malah, pihaknya yakin dapat menawarkan harga tiket masuk yang kompetitif memandangkan kos pengurusan taman tema itu akan dilaksanakan dengan cara tersendiri seperti menggunakan kakitangan yang berkemahiran serta persekitaran yang tidak memerlukan penggunaan penyaman udara kerana dikelilingi tanaman hijau.
Fuh!! Tak sabar rasanya admin nak tunggu Taman Tema Air Gamuda Cove ni buka secara rasmi, kan?
Sumber: Harian Metro
Komentar
Posting Komentar