Langsung ke konten utama

Bila Suara Rakyat MEMBAHAN & MEMBAWANG Ahli Parlimen Beri Alasan Penat & Sejuk! Pedas Tak?

Sejak semalam tular di media sosial beberapa jawapan dianggap tidak masuk akal di utarakan oleh sebahagian ahli Parlimen mengenai masalah ketidakhadiran mereka menghadiri Sidang Parlimen.

Jika Ketua Whip PKR. Datuk Johari Abdul menjadikan keletihan sebagai alasan kenapa kekurangan kehadiran Ahli Parlimen Pakatan Harapan di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin pula menjadikan kesejukan dewan menjadi penyebab tidak ramai wakil rakyat mampu duduk berjam-jam semasa persidangan berlangsung seperti dilaporkan oleh Astro Awani semalam.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, sukar bagi Ahli Parlimen untuk berada dalam Dewan Rakyat secara berterusan kerana suhunya yang cukup rendah.

Katanya, adalah mustahil bagi wakil rakyat untuk terus menahan kesejukan itu dalam tempoh masa yang lama dan suasana sama juga sering berlaku di mana-mana Parlimen di negara lain.

“Bukan mudah untuk kami duduk dalam jangka masa yang lama. Ada ketikanya ia sangat sejuk. Di mana-mana sahaja di (Parlimen) negara lain, anda tidak boleh jangka Ahli Parlimen terus duduk dalam dewan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat semalam apabila proses meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Pembekalan (Belanjawan) 2020 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat terganggu akibat tidak cukup korum.

Masalah kehadiran yang serius di Parlimen membuatkan 21 November lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegur sikap Ahli Parlimen yang tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat sehingga persidangan bermula lewat.

Perdana Menteri berkata, ini adalah kali kedua korum tidak mencukupi dan beliau akan bercakap dengan Ahli Parlimen terbabit berhubung perkara ini.

“Sebelum pilihan raya mereka sangat berminat menjadi calon, tetapi selepas menang mereka seolah-olah tidak serius melaksanakan tanggungjawab,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2019 (ISWC).

Ternyata isu Ahli Parlimen memberikan alasan menjadi troll di kalangan netizen yang membahan Ahli Parlimen yang ternyata tidak patut memberikan jawapan sedemikian.

Bagi mereka ianya semata-mata malah ada yang bertanya dengan sebegitu banyak gaji dan elaun diterima oleh Wakil Rakyat iaitu hampir mencecah RM50,00 sebulan, apa alasan untuk tidak hadir.
Korang bacalah sendiri ya! Kalau budak-budak bagi alasan kita boleh terima tapi bila orang dewasa berbuat demikian, ermm tak tahu nak cakap apa.


Iniah dinamakan kuasa membawang yang ada pada rakyat Malaysia!



Ini pula pengalaman wartawan yang bertugas di Parlimen

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Tim Mobile Legends Indonesia Berpeluang dapat Emas di SEA Games 2019

[vc_row][vc_column width=”1/6″][/vc_column][vc_column width=”2/3″][vc_column_text]Di ajang SEA Games 2019 ini, ada salah satu cabang baru, ialah eSports. Ajang esports SEA Games ini akan berlangsung Filoil Flying V Centre, San Juan Metro, dari tanggal 5-10 Desember 2019.   Ada banyak game yang dipertandingkan, salah satunya Mobile Legends: Bang Bang . Indonesia sendiri masih menjadi buah bibir berkat torehan apik EVOS Legends di gelaran M1 World Championship 2019 lalu.   Pertandingan SEA Games sendiri layaknya reka ulang pertandingan di M1, mengingat susunan roster dari masing-masing negara tidak jauh berbeda.   Sebagai contoh, Indonesia mengirimkan seluruh roster EVOS Esports beserta ONIC.Udil, dan jajaran pemain EVOS SG yang tetap dipercaya mewakili negara Singapura di SEA Games, meski tampil mengecewakan di M1.   Babak grup SEA Games 2019 Mobile Legends pun sudah diumumkan, berikut pembagian posisinya:     Baca juga: ...

Cara Mendapatkan All Skin Mobile Legends Gratis Menggunakan Apk Mod IMLS Patch Wanwan Terbaru

Cara Mendapatkan All Skin Mobile Legends Gratis Menggunakan Apk Mod IMLS Patch Wanwan Terbaru | Masmobsaya kembali lagi nih dengan gua mimin yang pada kesempatan kali ini gua akan membagikan kepada kalian semua sebuah cara terbaru agar lu dapat menggunakan semua skin yang ada pada gameplay mobile legends. skin hero mobile legends memang menjadi salah satu hal yang sangat dan harus di miliki oleh setiap player khususnya para pro player yang mana nantinya kita dapatkan sebuah tampilan yang super keren karena efek visual yang dikeluarkan skin hero tersebut. Disini gua mimin ingin memberikan sebuah cara curang agar lu nantinya bisa merasakan bagaimana tampilan efek visual yang super keren dan bisa lu dapatkan secara gratis tanpa harus membelinya dengan menggunakan diamond. nah andaikata dengan cara normal kalian apabila ingin mempunyai semua skin hero mobile legends ini, kalian harus membelinya dengan diamond. demi harganya sendiri bermacam-macan tergantung skin yang kita inginkan....

Dengkil Akan Ada Taman Tema Air Konsep Tropika Menjelang 2021, Siap Kamera ‘VR’!

Taman tema air antara yang menjadi tempat favorite  pengunjung tatkala tiba waktu liburan. Waktu inilah digunakan sebaik mungkin untuk enjoy dan ‘ recharge ’ kembali energi yang telah digunakan setelah penat belajar, mahu pun bekerja. Tak perlu pergi sampai ke luar negara untuk mendapat kepuasan bercuti, negara kita sendiri sebenarnya mempunyai banyak taman tema menarik untuk korang kunjungi. Berita baik untuk orang yang tinggal berdekatan dengan Dengkil, menjelang bulan Disember 2021, Selangor bakal memiliki sebuah lagi taman tema air yang terletak di Gamuda Cove, Dengkil. Bertemakan hutan hujan, 70 peratus daripada kawasan taman tema berkenaan dilitupi pelbagai tanaman tropika. 18 Permainan Termasuk Gelongsor Taman tema air itu akan menawarkan 18 permainan termasuk gelongsor dilengkapi kamera realiti maya (VR) bagi memberi impak lebih menarik kepada pengunjung, selain turut diselitkan ciri-ciri permainan bagi menambahkan rasa keseronokan yang maksimum. Wah, bestnya! Bukan it...